I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 9 October 2011

Salah Erti

Rasa ragu itu..adalah dr bisikan hati…
Namun janganlah pd diri ini…
Apa yg kurasa itu dr hati..
Ku zahirkannya pada perbuatanku sendiri..

Ku tahu engkau merasa ragu..
Bahagiakah aku disampingmu..
Ini jawapanku..
Pada engkau arjunaku

Bahagia aku bila berjauhan..
Rasa rindu yg sentiasa terpendam..
Ku tahu Allah paling mengerti..
Ku mengadu padanya rasa ini..

Bila dengamu hatiku girang..
Tidak terkata oleh perkataan..
Tidak ada rasa sakit dihati..
Walaupun kita kadang saling tak mengerti

Janganlah disalaherti perkataanku..
Fahami setiap baris kataku…
Menantimu itu bukan penyiksaan…
Tp bahagia yg kupasti Allah janjikan..


Bukan kesempurnaan yang ku harapkan pada dirimu...tetapi nilai agama yang terpahat di hatimu


Sunday 2 October 2011

Terusik hati..Namun sabar menanti



Terusik hati kecilku akhir-akhir ini..melihatkan ramai sahabat yang sudahpun berteman..bertunang..bernikah mahupun menimang cahaya mata..terpancar kebahagiaan di wajah mereka..moga kebahagiaan kalian berkekalan sehingga ke syurga.. & diberkati Allah hendaknya amin..

Moga kelak..akanku temui jua kebahagiaan yang ku cari..yang ku tunggu & impikan setiap hari..didalam doa mahupun mimpiku..sungguh tidak dapat kugambarkan perasaan yang akan kurasakan apabila memiliki seseorang yang menjadi milikku & pembimbing agamaku..sungguh aku merindukan kekasih halalku yang ditakdirkan Allah untukku…

Impianku padamu kekasih halalku..agar engkau sudi menyulusuri pantai bersamaku..di bawah samaran cahaya bulan ..sambil berpegangan tangan..berkongsi rasa..kebahagiaan..kepahitan mahupun setiap kisah hidupmu..supaya aku dapat mengenalmu..siapa dirimu & apa yang ada dihatimu…

Sungguh aku mengimpikan kita santap bersama-sama dibawah pohon rendang…sambil hujan gerimis yang kita tidak hiraukan..berkongsi rasa & kebahagiaan yang hanya kita berdua mengerti & merasakan…

Terasa bangga berasa disampingmu kekasih halalku..dikala berjalan beriringan..ditatap oleh setiap mata..diberikan senyum kebahagiaan & doa melihatkan kita..kemesraanmu aku merindukan..moga engkau jua sabar menantiku…moga rasa rindu & kesabaran ini akan terbayar dengan kebahagiaan memilikimu…

“Dapat mengenalmu itu suatu keindahan..dapat memilikimu itu suatu kebahagiaan”


Wednesday 28 September 2011

Maka aku redha...

Ya Allah seandainya dgn ujianMu ini membuatku lebih dekat padaMu..
Maka Aku redha…

Ya Allah seandainya dgn ujianMu ini dapat menghapuskan dosa – dosaku yg silam..
Maka aku redha..

Ya Allah seandainya dgn ujianMu ini telah Engkau persiapkan yg lebih baik untukku di akhirat kelak…
Maka aku redha

Ya Allah seandainya dgn ujianmu ini dapat mensucikan diriku dr zuhud dunia…
Maka aku redha

Ya Allah seandainya dgn ujianmu ini Engkau telah sembunyikan hikmah yang besar.. & memberikan lebih baik untukku..
Maka aku redha..

Engkaulah Yg Maha Pengasih Lg Maha Penyayang..tiada yg lebih mengerti kepahitanku melainkan Engkau..sesungguhnya..kepadaMu jualah hambaMu ini berserah segala urusan..Engkau yg Maha Mengabulkan..amin



Seandainya Allah menarik segala nikmat dunia yang kita miliki, kita masih perlu bersyukur dengan nikmat nafas yang dikurniakan untuk kita terus hidup dan nikmat Islam sebagai pegangan agama. Kerana selagi hidup, kita masih mampu untuk kembali bangkit dari kedaifan dan kejahilan lampau...


Tuesday 20 September 2011

Ikhlas..belajar dari dia…

Assalamualaikum…dh lama sungguh sy tidak menulis..sibuk akhir-akhir nie..dengan kerja..n uruskan perkahwinan..opss!! abg yang kahwin ye…heee~ tahniah pada abg sulung saya…"Semoga Allah memberi barakah bagi kalian dan memberkati keluarga kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan dan kepada kebaikan." Amin..

Topik saya…tentang persoalan kenapa...kenapa semua manusia lakukan sesuatu perkara…disebabkan sesuatu??? Maksud saya..mahukan ganjaran..penghargaan..pujian.. contoh yang paling mudah..kalau bekerja..pasti..mahukan..perhatian lebih dari bos..cepat naik pangkat..dapat semua keistimewaan..xboleh ke..kita bekerja..kerana nk mencari redha Allah..rezeki halal..hurrmm~

Selalunya..manusia akan lakukan sesuatu kalau mendatangkan manafaat padanya..bukan mahu bersangka buruk.. tp dunia sekarang..masing-masing menjaga kepentingan sendiri.. berbuat baik pada org kaya..nk menumpang kesenangannya..habis orang miskin..siapa nk berbuat baik..sungguh ikhlas itu penting..

Diriwayatkan daripada Abi Hafsin Umar bin al-Khattab r.a, katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud):“Sesungguhnya segala amalan (ibadat) itu dinilai mengikut niatnya, dan sesungguhnya diberi ganjaran bagi seseorang itu (ganjaran) apa yang diniatkannya. Maka siapa yang hijrahnya kepada (keredaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (diredai) Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang untuk wanita hendak dikahwininya atau tujuan keduniaan yang diingininya, maka hijrah terpulang kepada apa yang diniatkannya.”

Ikhlas biasanya terlahir dari hati yang paling dalam…perbuatan.. tingkah laku secara spontan..natural yang tidak pernah dipaksa..tidak diminta..yang boleh dilihat n dirasa oleh kita..

Kalaula diperihalkan seorang ibu..setiap jerih payahnya melahirkan..menjaga dari kecil..dimandikan..diberi pakaian..dibelai..diberi kasih – sayang…perhatian..wang..semua keperluan..kesakitan anak ditanggung..ditangisi..sungguh ya Allah tidak terhitung besarnya nilai ikhlas..dalam hati seorang ibu..tidak terbayar seumur hidup kebaikan yang kt lalukan padanya…sungguh ya Allah besar pengorbanan ibuku..belajarlah ikhlas dari ibumu..dari situ kamu akan belajar menghargai setiap apa yang ada disekelilingmu..


Perkara yang paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari.. umurku berkurangan.. akan tetapi amalanku tidak bertambah.
- Ibnu Mas'ud r.a – 



                                                    Menurut pandangaku~~munirah adenan





Wednesday 27 July 2011

Rasa itu…


Dari tanah aku diciptakan
Diberikan hati & perasaan
Dituliskan takdir untuk kehidupan
Untuk hari ini..esok dan masa depan

Rahsia hidupku hanya Engkau memegang
Takdirku hanya Engkau berhak menentukan
Hanya Doa dapat ku panjatkan
Untuk hidup yang bakal mendatang

Dengan hati yang Engkau pinjamkan
Terbit rasa aku sendiri tak duga
Mungkin ia bersifat sementara
Mainan jiwa manusia yang sering terleka

Sangkaanku tersilap jua
Benih itu bercambah dan mekar dijiwa
Makin ku tepis ia menjelma
Membuatkanku resah sentiasa

Ya Allah tuhan yang Maha berkuasa
Sungguh aku telah temukan dia
Imam yang membuat mengingatiMu sentiasa
Tidak pernah membuatku terleka

Berkatilah rasa ini
Sampai hujung nyawa hingga abadi
Hanya padaMu aku bermohon
Semoga kami disatukan dan sentiasa dirahmati

...Aku mencintaimu kerana Allah..aku merindukanmu kerana Allah..aku menunggumu kerana Allah..ini bukan luahan perasaan untuk sebuah penantian..aku berkata seperti ini kerana aku tahu diriku terlalu banyak kekurangan..kerananya aku memerlukan seseorang yg lebih halus...tegas serta lebih cekal untuk menguatkan hatiku yg lemah dgn izin-NYA.Ya Rabbi..Redamkanlah rinduku dijalan yg terbaik menurut Engkau untuk dunia dan akhiratku...Aamin ya Rabbal'alamin...

Aku malu..maka aku menutupnya



Kenapa aku menutup aurat??? Kerana ikut peredaran fesyenkah?? Kerana trend pakai tudung?? Banyak tudung cantik – cantik?? memang banyak sungguh fesyen – fesyen tudung sekarang..macam – macam nama pon ada…semuanya nama artis kebanyakannya..tudung syikin..tudung siti..yuna lah..wardina lah..semuanya ada..tapi tudung –tudung tu semuanya itu syariatkah?? Labuh?? tidak jarang?? dapat menutup sehingga kebawah dada?? Kalau iya…ALHAMDULILLAH…
 
’’wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu..anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min..hendaknya mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka’’ (Q.S.Al-Ahzab:59)

Busana muslimah…memang ramai yang menjual..bg pandangan kita semua…asalkan pakaian tu berlengan panjang..labuh sehingga bawah pinggul..sudah dikira busana muslimah…MEMANG SALAH!! Busana muslimah antara ciri - cirinya..mestilah longgar..tak menampakkan susuk tubuh…labuh sehingga bawah pinggul…TAPI..kebanyakan busana muslimah yang kita lihat..labuh..baguslah..TAPI JARANG…berlengan panjang…alhamdulillah…TAPI KETAT…ikut syariatkah??

’’Aku tinggalkan pada kamu dua perkara..kamu tidak akan tersesat selagi kamu berpegang teguh padanya..iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah Nabi-NYA.. (Diriwayatkan Imam malik di dlm Kitab Al-Muwaththa).

MASYALLAH..lihat dimana kita sekarang?? MENUTUP AURAT kerana apa?? Mengikut syariat?? Malu dengan Allah?? Malu apabila aurat kita dilihat oleh ajnabi??..ataupun kita hanya menutup aurat hanya sekadar mengikut peredaran fesyen..fesyen yang dikatakan orang barat sebagai busana muslimah..walhal masih jarang…walaupun labuh..masih ketat…walapun berlengan panjang..Ya Allah…sungguh kita leka dengan pandangan manusia..mana pergi pegangan kita terhadap sunnah Nabi Muhammad SAW dan Al- Quran?? Ampunkan kami Ya Allah..sesungguhnya kami khilaf dan jahil pada dosa yang lalu…

Wahai muslimah..sesungguhnya peliharalah dirimu.. labuhkanlah tudungmu..,longgarkanlah pakaianmu..kerana itu semua pakaian orang – orang yang beriman..hindarkanlah dan peliharakanlah diri kita dari  fitnah manusia..jagalah dirimu bagi seseorang yang halal bagimu…seseorang yang telah Allah halalkan bagimu utk memilikimu seutuhnya..yang ia lebih berhak atas kecantikan dan keindahan tubuhmu,.. yang ia pun tak akan rela lelaki lain menikmati…memandangi wajah isterinya..cukuplah ia unutk saudari-saudarimu sesama muslimah…yg tidak akan timbul fitnah diantara mereka kerananya..

Betulkanlah niat kita wahai muslimah..kerana apa kita menutup aurat?? Kerana kita menurut perintah Allah..kerana kita mengikut syariat yang telah Allah gariskan didalam Al- Quran.. kerana kita ingin memelihara diri dari fitnah manusia… kerana kita ingin memelihara diri untuk yang berhak keatas kita..yang halal bagi kita…dan kerana kita malu untuk membukanya..kerana malu itu..adalah perisai orang yang beriman.. 

…Bagaikan pelangi indah di mata…cantiknya lg muslimah yg menjaga auratnya,..maruah terpelihara krn iman di jiwa…pasti terus subur dgn keredhaanNya,..Jadilah ibarat bunga Mawar walaupun di lihat sangat cantik…bukan mudah utk dipetik…ibarat mutiara mahal harganya namun terletak dlm cengkerang yg biasa dimata…biarlah biasa saja pada luaran…asalkan cantik pada dalaman…Pasti terpancar pada kelakuan…

                                                                                                                                                       ctmunirahadenan

Thursday 7 July 2011

Bersabarlah wahai hati...Allah bersamamu

Ya Allah…kenapa diriku!!! Tidak kasihkah engkau padaku??? kenapa ujian ini yang engkau timpakan padaku!!! aku xberdaya Ya Allah…sungguh aku xmampu…sungguh aku lemah Ya Allah…mengapa aku!!!

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

Tapi kenapa!! Usai sudah satu musibah…datang lagi kepadaku…sehingga tidak putus-putus…bukannya masalah yang menimpa makin surut!! Tp makin kusut…letih dibuatnya..makin hari makin bertambah..macam-macam masalah..aduh!!

“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.” (Thaahaa: 14)

MasyAllah…sungguh riak dan takbur aku dibumiMu Ya Allah…aku menyalahkanMu atas takdir yang Engkau tuliskan…aku lupa padaMu sekian lama!!!!!!! Tapi kemudiannya…aku mengharapkan belas kasihmu..mengharapkan ihsan daripadaMu… sungguh engkau tidak layak bermohon pada Allah dengan tanganmu yang kotor…jijik yang selalu berbuat maksiat itu…sungguh engkau xlayak wahai diri!! xlayak meminta dari Rabbamu!!!

Dari Abu Hurayrah r.a., katanya: Bersabda Rasulullah Saw.. “Berfirman Allah Yang Maha Agung: Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)

Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat..Ya Allah..Ampunilah diriku…Ampunilah diriku Ya Allah..Ampunkanlah dosa kemaksiatanku…ampunilah dosa-dosaku kerana sering membuat Engkau murka..Ampunilah aku Ya Allah..berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu…Engkaulah Maha Penagasih lagi Maha Penyayang..

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)

Terima kasih Ya Allah…terima kasih diatas hidayahMu..sungguh hambaMu ini tersesat jauh dahulunya..Engkau menemukanku jalan kembali..itulah nikmat paling tidak terhitung kurasakan…

“Ya Allah..Ya Hayyum..Ya Qayyum..Yang Maha Hidup…lagi Maha Berdiri…dengan rahmatMu Ya Allah…baikilah uruskan semuanya…jangalah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata..Ya Allah…jangalah Engkau serahkan aku kepada diriku..kerana hambaMu ini tidak mampu untuk menguruskannya..dan janganlah Engkau serahkan aku kepada orang lain…kerana mereka akan mensia-siakan aku..” 
                                                                           ~AMIN~

Tuesday 5 July 2011

Erti Syukur Padaku

 
Alhamdulillah..syukur pada yang menciptakan diriku..masih diberi peluang bernafas sehingga hari ini..segala puji-pujian hanya Padamu yang menciptakan langit dan bumi serta isinya…sesungguhnya…Engkau yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengaturkan..Jadilah kt hambaNya yang sentiasa bersyukur dia atas tiap nikmat yang Dia limpahkan..

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Q.s. an-Nahl: 18).

Allah tidak pernah memilih dan membeza – bezakan hambaNya…sesiapa antara kita yang menginginkan redha Allah…maka Bersyukurlah...

‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’.” (Q.s. Ibrahim: 7)

Syukur apabila dapat melihat terbitnya mentari pada pagi hari…itulah permulaan syukur pada bermulanya hariku…Alhamdulillah Ya Allah kerana Engkau berikanku peluang untuk hidup dan berbakti sehari lagi padaMu..sesungguhnya
SOLATKU…IBADAHKU..HIDUP dan MATIKU…hanya untukMu…

Terima kasih Ya Allah kerana berikanku nikmat kebahagiaan..iaitu ibu bapaku…kerana mereka aku hadir ke dunia..kerana kasih mereka aku terpelihara sehingga ke hari ini.. syukur padaMu Ya Allah..berikanku nikmat yang ada dijasadku..akanku jadikan nikmat ini..untuk bekerja mencari rezeki yang halal dan berbakti pada semuanya..

NikmatMu amatlah tidak terhitung banyaknya…sekalipun aku menghambakan seumur hidupku padaMu..tidaklah jua dapat membalasNya..Ya Allah..jadikanlah setiap langkahku diatas muka bumiMu ini..sentiasa diberkati olehMu…jadikanlah hari esok untukku..lebih baik adanya dari hari ini..seandainya mentari esok tidak dapat ku jengah lagi…jadikanlah setiap amalan ketika hidupku..adalah pahala menuju ke SYURGAMU..



kerana itu...

Duhai malam yang sepi..
Sebak..sendu aku sendiri…
Terguris hati hanya aku yang mengerti..

Kerana itu aku rebah…
Kepadamu jua aku berserah..
Sesungguhnya aku menzalimi diri..

Bersujud..bertasbih..bertahmid aku pada yang Maha Mengetahui..
Hanya Dia yang paling Mengerti..
Apa jua rasa dihati…

Duhai yang menciptakan diriku dari segumpal darah..
Maaf aku sering terlupa…bersyukur.. tiap apa nikmat yang engkau serah..
Atas kasihMu aku kembali..
Menjadi hambamu yang sejati…

Kerana itu…
aku xpernah menyesali..
Disebabkan itu aku kembali..
Syukur Ya Allah kerana itu…
Moga manisnya aku peroleh di syurgamu..