I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 27 July 2011

Rasa itu…


Dari tanah aku diciptakan
Diberikan hati & perasaan
Dituliskan takdir untuk kehidupan
Untuk hari ini..esok dan masa depan

Rahsia hidupku hanya Engkau memegang
Takdirku hanya Engkau berhak menentukan
Hanya Doa dapat ku panjatkan
Untuk hidup yang bakal mendatang

Dengan hati yang Engkau pinjamkan
Terbit rasa aku sendiri tak duga
Mungkin ia bersifat sementara
Mainan jiwa manusia yang sering terleka

Sangkaanku tersilap jua
Benih itu bercambah dan mekar dijiwa
Makin ku tepis ia menjelma
Membuatkanku resah sentiasa

Ya Allah tuhan yang Maha berkuasa
Sungguh aku telah temukan dia
Imam yang membuat mengingatiMu sentiasa
Tidak pernah membuatku terleka

Berkatilah rasa ini
Sampai hujung nyawa hingga abadi
Hanya padaMu aku bermohon
Semoga kami disatukan dan sentiasa dirahmati

...Aku mencintaimu kerana Allah..aku merindukanmu kerana Allah..aku menunggumu kerana Allah..ini bukan luahan perasaan untuk sebuah penantian..aku berkata seperti ini kerana aku tahu diriku terlalu banyak kekurangan..kerananya aku memerlukan seseorang yg lebih halus...tegas serta lebih cekal untuk menguatkan hatiku yg lemah dgn izin-NYA.Ya Rabbi..Redamkanlah rinduku dijalan yg terbaik menurut Engkau untuk dunia dan akhiratku...Aamin ya Rabbal'alamin...

No comments:

Post a Comment