I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 31 January 2012

Bukan niatku merosakkan imanmu..(Part II)

Ku fayakun..jadilah..maka..jadilah..ku cuba fahami maksud ayat itu...tiap yang berlaku itu..atas kehendakMu ya Allah..jatuh lagi mutiara jernih dipipiku..tidak redha kah aku dengan ketentuanMu...astagfirullah... fainna ma'al usyri yusyra. Inna ma'al usyri yusra..kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan… Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Surah~Al Insyirah ayat 5-6…yakin kembali hatiku…

Terpandang lappy diatas katil..terasa sepi..dahulunya..teman sejatiku..namun sekarang..rasa tiada erti lagi untukku..BUZZ!!! “Assalamualaikum..rindu sungguh dengan kamu..watpe tu?..” Tanya si teruna…9 bulan perkenalan…bait-bait perasaan..mula dirasakan… “wasalam..rindu kamu jugak..kamu kemana tadi??”…tanyaku..seolah-olah hampa kerna ditinggalkan.. “alololo..jangan majuk sayam..tadi ada meeting tetiba..untuk majlis hujung minggu ni..” jawab si dia memujuk.. “huhu..yela..sape la kita ni kan.. xpenting pon..” si dara minta dimanja lagi.. “jangan ckp mcm tu..kamu fahamkan tugas saya..selain belajar..ada tanggungjawab lagi saya kena pikul..”…si teruna menjelaskan keadaannya… “iyela..faham..tapi lain kali bagi tahu dulu..kita dekat sini tertunggu-tunggu awak..” “baik…” gayanya seperti anime sinchan..comel..tergelak kecil si dara di sana..

Menyulam rasa kasih & rindu berbulan-bulan lamanya..tidak pernah bertemu & bersua muka..hanya chatting penghubung dua jiwa.. “Saya akan pulang cuti semester nanti..insyAllah..kalau berkesempatan kita jumpa..”…gembira bukan kepalang rasa jiwa si dara...seperti anak kecil yang mendapat hadiah idaman lagaknya.. “xsabar nk jumpa kamu..” tiba hari yang dinanti… xtahu apa perasaan yang nk digambarkan..rasa kasih..rindu..sayang & cinta bila memandang wajahnya..ya Allah..inikah imamku.. “kenapa xdihabiskan makanan tu..malu dgn sy ke...” terasa menyirap darah ke muka bila ditanya begitu.. “kenyang dh bila pandang muka kamu..jd xlapar..” memang itu yang aku rasakan..agaknya..betul kata pujangga..bila dilamun cinta..makan xkenyang..tidur xlena..mandi xbasah..haiiisshh..cinta oh cinta..

Berjalan beriringan dengannya..terasa sungguh bangga..lelaki seperti yang aku impikan..rasa xpuas memandang wajahnya..paling comel..janggutnya..manis sungguh..xjemu-jemu bila dipandang..seluruh cintaku tertumpah padanya tiap kali memandang..ya Allah..rasa bahagia segenap hatiku..xpernah aku merasa begini..tiap mata yang melirik kearah kami..dihadiahkan dengan senyuman dari mereka..fikirku..mungkin kerna jariku dihiasi dengan inai...dipakai waktu hari pertunangan abangku..lengkap berbaju kurung..seperti permintaannya…mungkin mereka fikir..kami pasangan yg baru bernikah agaknya..

“Dah lama saya xrasa gembira begini..rasa bahagia sangat bila dengan kamu”…kata si teruna.. “kamu manja..baik..” sambil memandang wajahku penuh makna..ya Allah..lemah sendi-sendiku bila bertentang mata dengannya.. “saya pun..” jawabku ringkas.. “kamu tahu kenapa saya sayangkan kamu..” sambil matanya dihalakan kejalan yang kurang sibuknya “entah..manala kita tahu..hati awk..” jawabku sengaja memancing isi hatinya..walhal..setiap kali berbual..itu sajalah soalanku padanya…si teruna menjelaskan perasannya..satu persatu.. “kamu pulak kenapa sayangkan saya”…terkedu lidahku..mencari-cari jawapan yang sesuai “entah..saya pon xth..sbb sayangla..apa yang sy nk ckp..kamu dh ckp pon tadi..”… tersenyum si jejaka..menampakkan barisan gigi yg teratur..manis sungguh!! teriakku dalam hati… bersambung:~

Sunday 22 January 2012

Bukan niatku merosakkan imanmu..(Part I)

Senja berlabuh lagi..jauh di kaki langit terpancar warna jingga kemerahan menandakan siang pasti berlabuh bila-bila masa sahaja…terasa sunyi hari-hariku…kosong & tidak berjiwa.. Ya Allah..halakanlah cintaku & rinduku hanya untukMu..bisikku sendiri..

Lamunanku terhenti..sayup-sayup kedengaran panggilan menemui kekasihku berkumandang..Ya Allah..jauh sungguh fikiranku melayang..laju kakiku melangkah..Dia patut didahulukan..banyak yang aku ingin katakan padaNya..selesai berwudhuk..jiwaku terasa sungguh damai..benar wudhuk itu dapat meleraikan resah dijiwa..

Allahuakhbar.. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.Yang Menguasai hari Pembalasan .Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.Amin..

Sujud terakhirku..terasa sebak didada..perlahan kuucapkan didalam hati…Ya Allah yang menjadikan langit & bumi..Ya Hayyum Ya Qayyum..dengan rahmatmu Ya Allah hambaMu ini bermohon pertolongan..baikilah urusankan ku Ya Allah..jangalah Engkau serahkan aku kepada diriku..kerna hambaMu ini tidak mampu menguruskannya.. & jangan pula Engkau serahkan aku kepada orang lain..kerna mereka akan mensia-siakanku..amin..

Dengan tangisan yang masih berbaki..lidahku tidak berhenti memujinya…Subhanallah..walhamdulillah..walailahhailallah…Allahuakhbar…”Kalau saya ada kemusyikilan agama..boleh saya bertanya pada kamu”.. “insyAllah..saya pasti akan bantu semampu saya” …berbunga hatiku mendengar jawapan yang disana… “terima kasih awak..hanya Allah yang dapat membalas kebaikan awak”..jawabku ingin meneruskan perbualan..”saya hanya berkongsi ilmu Allah..insyAllah..maaf saya ada urusan..andai ada kesempatan..kt bertemu lagi..assalamualaikum..” sign out~… 

Walau dalam hati hampa..tp terasa bahagia..mungkin dia jodohku..lengkap seperti yang ku dambakan..terima kasih ya Allah..aku mesti berusaha mendapatkannya..azamku…tapi..mahukah dia padaku..hampa menjengah kembali…berhari-hari menunggu..berganti minggu..jarang sungguh si jejaka menampakkan diri..sibuk sangatkah…rindu menjengah dalam hati..mungkin dia ada yang punya..fikirku..online~ 

“Assalamualaikum..apa khabar kamu di sana…”..masyAllah..dengan pantas jariku menaip membalasnya..”waalaikumsalam..alhamdulillah..” balasku…”maaf ya..akhir-akhir ni saya sibuk dengan tugasan & ujian..” seperti faham apa yang bermain difikiranku..lega rasa hati mendengar penjelasannya..”takpe saya faham..kamu kan masih belajar..” rasa bahagia menjalar di tiap urat sarafku..”terima kasih..” ucapnya..

Astaghfirullah..fikiranku melayang entah kemana..aku masih berteleku diatas sejadah..tidak berhenti mutiara jernih membasahi pakaian solatku…Ya Allah Engkau lebih mengerti apa yang kurasakan..kucapai buku kesayangku..pantas ku mencari jantung Al-Quran..itu sajalah ketenanganku..  bersambung:~

Saturday 21 January 2012

Terdidik kerana tembikai

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Rasululallah s.a.w bersabda;

"Sesungguhnya seseorang hamba Allah yang memperkatakan satu perkataanya yang mengundang redha Allah nescaya kedudukanya di sisi Allah akan diangkatkan beberapa darjat. Sebaliknya seseorang hamba Allah yang memperkatakan satu perkataan yang mengundang murka Allah nescaya pasti ia akan dicampakkan ke Neraka Jahanam."(HR al-Bukhari)