I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 5 July 2011

Erti Syukur Padaku

 
Alhamdulillah..syukur pada yang menciptakan diriku..masih diberi peluang bernafas sehingga hari ini..segala puji-pujian hanya Padamu yang menciptakan langit dan bumi serta isinya…sesungguhnya…Engkau yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengaturkan..Jadilah kt hambaNya yang sentiasa bersyukur dia atas tiap nikmat yang Dia limpahkan..

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Q.s. an-Nahl: 18).

Allah tidak pernah memilih dan membeza – bezakan hambaNya…sesiapa antara kita yang menginginkan redha Allah…maka Bersyukurlah...

‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’.” (Q.s. Ibrahim: 7)

Syukur apabila dapat melihat terbitnya mentari pada pagi hari…itulah permulaan syukur pada bermulanya hariku…Alhamdulillah Ya Allah kerana Engkau berikanku peluang untuk hidup dan berbakti sehari lagi padaMu..sesungguhnya
SOLATKU…IBADAHKU..HIDUP dan MATIKU…hanya untukMu…

Terima kasih Ya Allah kerana berikanku nikmat kebahagiaan..iaitu ibu bapaku…kerana mereka aku hadir ke dunia..kerana kasih mereka aku terpelihara sehingga ke hari ini.. syukur padaMu Ya Allah..berikanku nikmat yang ada dijasadku..akanku jadikan nikmat ini..untuk bekerja mencari rezeki yang halal dan berbakti pada semuanya..

NikmatMu amatlah tidak terhitung banyaknya…sekalipun aku menghambakan seumur hidupku padaMu..tidaklah jua dapat membalasNya..Ya Allah..jadikanlah setiap langkahku diatas muka bumiMu ini..sentiasa diberkati olehMu…jadikanlah hari esok untukku..lebih baik adanya dari hari ini..seandainya mentari esok tidak dapat ku jengah lagi…jadikanlah setiap amalan ketika hidupku..adalah pahala menuju ke SYURGAMU..



No comments:

Post a Comment