Kenapa aku menutup aurat??? Kerana ikut peredaran fesyenkah?? Kerana trend pakai tudung?? Banyak tudung cantik – cantik?? memang banyak sungguh fesyen – fesyen tudung sekarang..macam – macam nama pon ada…semuanya nama artis kebanyakannya..tudung syikin..tudung siti..yuna lah..wardina lah..semuanya ada..tapi tudung –tudung tu semuanya itu syariatkah?? Labuh?? tidak jarang?? dapat menutup sehingga kebawah dada?? Kalau iya…ALHAMDULILLAH…
’’wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu..anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min..hendaknya mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka’’ (Q.S.Al-Ahzab:59)
Busana muslimah…memang ramai yang menjual..bg pandangan kita semua…asalkan pakaian tu berlengan panjang..labuh sehingga bawah pinggul..sudah dikira busana muslimah…MEMANG SALAH!! Busana muslimah antara ciri - cirinya..mestilah longgar..tak menampakkan susuk tubuh…labuh sehingga bawah pinggul…TAPI..kebanyakan busana muslimah yang kita lihat..labuh..baguslah..TAPI JARANG…berlengan panjang…alhamdulillah…TAPI KETAT…ikut syariatkah??
’’Aku tinggalkan pada kamu dua perkara..kamu tidak akan tersesat selagi kamu berpegang teguh padanya..iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah Nabi-NYA.. (Diriwayatkan Imam malik di dlm Kitab Al-Muwaththa).
MASYALLAH..lihat dimana kita sekarang?? MENUTUP AURAT kerana apa?? Mengikut syariat?? Malu dengan Allah?? Malu apabila aurat kita dilihat oleh ajnabi??..ataupun kita hanya menutup aurat hanya sekadar mengikut peredaran fesyen..fesyen yang dikatakan orang barat sebagai busana muslimah..walhal masih jarang…walaupun labuh..masih ketat…walapun berlengan panjang..Ya Allah…sungguh kita leka dengan pandangan manusia..mana pergi pegangan kita terhadap sunnah Nabi Muhammad SAW dan Al- Quran?? Ampunkan kami Ya Allah..sesungguhnya kami khilaf dan jahil pada dosa yang lalu…
Wahai muslimah..sesungguhnya peliharalah dirimu..labuhkanlah tudungmu..,longgarkanlah pakaianmu..kerana itu semua pakaian orang – orang yang beriman..hindarkanlah dan peliharakanlah diri kita dari fitnah manusia..jagalah dirimu bagi seseorang yang halal bagimu…Allah halalkan bagimu utk memilikimu seutuhnya..yang ia lebih berhak atas kecantikan dan keindahan tubuhmu,.. yang ia pun tak akan rela lelaki lain menikmati…memandangi wajah isterinya..cukuplah ia unutk saudari-saudarimu sesama muslimah…yg tidak akan timbul fitnah diantara mereka kerananya..
Betulkanlah niat kita wahai muslimah..kerana apa kita menutup aurat?? Kerana kita menurut perintah Allah..kerana kita mengikut syariat yang telah Allah gariskan didalam Al- Quran.. kerana kita ingin memelihara diri dari fitnah manusia… kerana kita ingin memelihara diri untuk yang berhak keatas kita..yang halal bagi kita…dan kerana kita malu untuk membukanya..kerana malu itu..adalah perisai orang yang beriman..
No comments:
Post a Comment