Bukanlah impianku menjadi wanita
paling cantik didunia..bukan jua impianku menjadi bualan tiap jejaka…bukan jua
impianku memperoleh suami yang sempurna…menjadi permaisuri sebuah negara…kerana
ku tahu..ku perlu berpijak di bumi yang nyata…
Bukan jua impianku menjadi racun
dalam hidup sesiapa..menjadi penyebab rosak rasa bahagia..menjadi punca tiap
sengketa..tiap laku ku..disalah erti…kerna aku manusia biasa..yang langsung
tiada sempurna..dari tiap segi hidupnya..tiada niatku menjadi racun yang membinasa..hanya
rasa bahagia ada dalam jiwa..yang diluahkan bukan pada tempatnya…
Menjadi bidadari buat
suamiku…itulah impianku..menjaga maruahnya.. dimana jua aku berada…bila
melihatku..menyelinap rasa bahagia..bila bersamaku..terasa tenangnya…mendengar
tuturku hilang segala resah didada…menjadi terbaik buatnya…kerana Allah taala..
Impianku sesetia saidina Siti
Khadijah…yang tiada rasa keluh kesah di dada..apa jua yang datang
menimpa..dianggap dia hadiah yang bermakna…menjadi wanita secekal Fatimah r.a…walaupun
jerih akan ku cuba..dia
yang senantiasa bersama suami tercinta..walaupun langsung tiada
hartanya..bukanlah dunia yang dikerjarnya..tp yang pasti janji Allah di sana...
Moga impianku akan terlaksana…
menjadi bidadari untuk si dia…Duhai Maha Pencipta…kepadaMu jua aku meminta…di
tambahkan kasih & cintaku hanya kepadaMu… supaya dapatku mencintai dia
…hanya keranaMu
No comments:
Post a Comment