I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 1 April 2012

Bukan niatku merosakkan imanmu..(Part III)


Melayang jauh perasaanku dibuai bisikan syaitan..astagfirullah..saya tiada niat merosakkan iman kamu~ bisikku dalam hati..berlalu hari-hariku tanpa dia…ya dia yang selalu menjadi teman baikku..pendengar setiaku..sentiasa sabar melayan tiap sikapku yang menyakitkan..sungguh tiada niatku menjadi sejarah hitam dalam hidupmu…

“saya rasa..saya tak mampu membahagiakan kamu..maafkan saya..lupakan saya”….. benarkah apa yang aku dengarkan..terasa diragut tangkai hati…ya Allah.. “apa maksud kamu…tolonglah jangan bergurau begini…” sepi… Ya Allah…xsedar laju airmataku mengalir dipipi…terasa bagai mimpi mendengar semua ini..apa semua ini!!! Ya Allah… “kita terlalu menyimpang jauh..sepatutnya kita xbegini dr awalnya..saya takut..takut dengan dosa ini…hubungan begini xsepatutnya terjadi…kita masih ada masa lagi untuk betulkan..maafkan saya..maafkan saya..maafkan saya…” apalah dayaku seorang wanita…hanya airmata mampu berbicara..hanya itu kemampuanku …Ya Allah…kuatkah aku menempuh hari-hari mendatang..pd impian yang sudah aku yakinkan..Engkaulah yang Maha Mengetahui…

Belajar aku menempuh hari – hari dengan memikirkan tiap salahku padamu.. maafkan ku..langsung tiada niat merosakkan imanmu..saya tiada niat..sungguh tiada..kerana saya mencintai kamu kerana Allah..melalui kamu..saya belajar segala-galanya..belajar jadi hamba Allah yang lebih baik..belajar mengenal aurat sempurna apabila ditegur lembut oleh kamu…belajar menyempurnakan tiang agama apabila tiap waktunya ditanya kamu..belajar menjadi ikhlas dalam tiap perbuatan..belajar mendahulukan Allah & agama melebihi segalanya…belajar bersabar..dalam setiap urusan..kerna katamu..ujian itu amat pahit..tapi syurga..amat manis..maka bersabarlah…Tapi..tak disangka rasa cinta & kasih itu merosakkan imanmu..maafkn saya..maafkan saya..maafkan saya…


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? ~Surah al-Ankabut: Ayat 2




No comments:

Post a Comment