I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 14 May 2012

Bila Alam Mengisahkan…


Daun-daun berguguran..mengalun bagaikan menari-nari..mengikut alunan angin..yang halus lembut.. mendamaikan.. nyaman... menyenangkan.. burung-burung berterbangan… melebarkan sayap indahnya…terasa bebas melihatkannya.. kemana tuju hanya dia yang ketahui… terbang sayup- sayup… hingga hilang dari pandangan… subhanAllah.. indah ciptaanMu wahai Maha Pencipta..

Tiadalah cela padamu..wahai sang awan..putih bersih..mengalun..mengisahkn kisahmu sendiri..hanya yang melihat yang mengerti..menafsir mengikut andaian sendiri..langit biru..yang meninggi.. menenangakan jiwa..mendamaikan hati..Allahuakhbar… sungguh indah aturan dan ciptaanMu..Engkaulah yang lebih mengerti pada setiap ciptaanMu.. dimana letaknya.. pada bila masa.. dan dimana Engkau kehendaki.. padaMu ku berserah.. Engkau sebaik – baik pengatur…

Kaki melangkah menyelusuri tasik.. jernih airnya..mengalir mengikut alirannya…tidak  tersasar dari yang ditetapkanNya… moga iman dan amalku jua begitu..syahadah kalimah terakhirku..islam agamaku sampai akhir waktu..perkenankan doaku.. wahai Penciptaku..

Cahaya mentari..malu-malu menampakkan diri..menyinari segenap tasik..indah sekali..bagaikn kilauan permata cahayanya.. jatuh ketas air yang jernih permukaannya.. hijaunya alam Mu ya Allah.. kabus nipis menyelubungi.. angin yang nyaman menghembus nipis menyapa pipi.. sungguh tidak terhitung nikmat yang Engkau limpahkan…jadikanlah kami.. hambaMu yang bersyukur..ya Allah..pada tiap kurniaanMu…


"Aku melabuhkan tudungku bukan kerana aku memperlihatkan kealiman ku, aku juga insan sepertimu yang masih mengejar agama, mengejar ilmu, aku berlembut bukan bererti aku lemah, aku hanya ingin belajar untuk bersabar atas apa yang sering menimpaku kerana itu pasti KEKUATAN yang ALLAH berikan padaku dalam menempuhnya."

Tuesday 1 May 2012

Impianku


Bukanlah impianku menjadi wanita paling cantik didunia..bukan jua impianku menjadi bualan tiap jejaka…bukan jua impianku memperoleh suami yang sempurna…menjadi permaisuri sebuah negara…kerana ku tahu..ku perlu berpijak di bumi yang nyata…

Bukan jua impianku menjadi racun dalam hidup sesiapa..menjadi penyebab rosak rasa bahagia..menjadi punca tiap sengketa..tiap laku ku..disalah erti…kerna aku manusia biasa..yang langsung tiada sempurna..dari tiap segi hidupnya..tiada niatku menjadi racun yang membinasa..hanya rasa bahagia ada dalam jiwa..yang diluahkan bukan pada tempatnya…

Menjadi bidadari buat suamiku…itulah impianku..menjaga maruahnya.. dimana jua aku berada…bila melihatku..menyelinap rasa bahagia..bila bersamaku..terasa tenangnya…mendengar tuturku hilang segala resah didada…menjadi terbaik buatnya…kerana Allah taala..

Impianku sesetia saidina Siti Khadijah…yang tiada rasa keluh kesah di dada..apa jua yang datang menimpa..dianggap dia hadiah yang bermakna…menjadi wanita secekal Fatimah r.a…walaupun jerih akan ku cuba..dia yang senantiasa bersama suami tercinta..walaupun langsung tiada hartanya..bukanlah dunia yang dikerjarnya..tp yang pasti janji Allah di sana...

Moga impianku akan terlaksana… menjadi bidadari untuk si dia…Duhai Maha Pencipta…kepadaMu jua aku meminta…di tambahkan kasih & cintaku hanya kepadaMu… supaya dapatku mencintai dia …hanya keranaMu


Hidup Itu Adalah Pilihan


Untuk anda yang sedang diuji...dalam hati ini hanya ada dua pilihan...sama ada nafsu
ataupun iman. Jika menang nafsu...maka kalahlah iman...jika menang iman maka
musnahlah nafsu. Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji..kita mahu
memilih nafsu untuk terus marah...atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman
dan sabar. Lihat pada impaknya...jika kita memilih untuk marah..hati kita akan dikuasai
rasa marah yang menghilangkan rasa tenang...malah boleh jadi kita bertindak
diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita
ketika itu. Namun...jika kita memilih untuk bersabar,...nsyaAllah kita diberi ketenangan
untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan...